Monday, March 1, 2010

AKHIRNYA.....

Tak saya sangka akan mampu menawan gunung Tahan. Dengan keadaan fizikal begini macam mustahil jerk. Ada juga yang kata padaku yang aku hanya akan sampai ke check point pertama sahaja. Tapi aku buat tak tau je. Yelakan mana nak tau betul aku hanya mampu sampai pada check point pertama sahaja. Bagi hari pertama aku lalui dengan baik tapi sakit bahu la. Mau tak beg berat giler. Itu pun dah xtau nak drop barang apa lagi. Last2 aku hanya drop biskut je. hari pertama tu kami sampai ke Kem pertama iaitu Melantai pada jam 9 malam. agak sukar jugak la nak jalan dalam hutan malam-malam. Penat juga sementara nak sampai. Mau tak kami mula berjalan pada jam 4 petang dan dan sampai pada pukul 9 malam. sampai je kami pasang khemah pastu masak makanan, dengar taklimat untuk esok pastu terus tidur.

Hari kedua kami bergerak agak lewat la. kami siapkan makanan dahulu. Maklumla masih tidak biasa hidup dalam hutan. Habis semua selesai kami mula mendaki. Kali ini memang mencabar. Letih sangat sebab dah mula mendaki bukit. disebabkan aku keletihan aku meminta untuk rakan-rakan yang lain jalan dahulu. Ada satu ketika aku berjalan keseorangan di dalam hutan. Aku rasakan perjalanan hari ini cukup jauh. PENAT SANGAT . Namun nasib baik la ada Izati dan ain. diowang la yang teman aku berjalan ke kem seterusnya. Tidak aku sangat pada hari ini aku telah mendaki Gunung Rajah. memang penat. Dalam hati aku telah berhasrat untuk aku tarik diri. Aku hanya akan tunggu rakan-rakan yang lain di kem ke 2 sahaja. Hasrat ak itu aku nyatakan kepada En. Zul. Namun tidak dibenarkan. sedih pun ada waktu itu. Aku terus berjalan sehinggalah aku sampai ke kem putih iaitu kem 2 pada jam 5.30 ptg.penat. Kem putih ni best skit dari kem Melantai sebab sungai dia besar skit. Best mandi kat sini tapi cetek sikit la. Pada disebelah malamnya seperti malam sebelumnya kami masak makan malam dan mendengar taklimat untuk esoknya. pastu tidur..

(okla nak pegi kelas ni nanti kita sambung lagi ek)